Wednesday, October 14, 2009

Merpati Putih

Merpati putih
Mengibas sayap
Sambil mengimbas sejarah lampau
Anak merengek kelaparan
Sang bapa menangis kesakitan

Merpati putih masih bertenggek
Sesekali mimpi ngeri memecah cermin ketenangan
Hanya tangisan anak dan bapa mengisi kekosongan
Walaupun kata-kata amanat telah menjadi nesan

Nukilan : Thaqif
Kelas 6 Agresif

Satu Malaysia Satu Hati

Satu Malaysia satu hati
Lahir daripada hati nan suci
Demi mencapai wawasan yang murni
Marilah kita berbakti untuk ibu pertiwi

Satu Malaysia satu hati
Slogan teguh tidak terperi
Demi Malaysia yang kita cintai
Demi kehidupan yang lebih harmoni

Nukilan : Ros Amani Rasidi
Kelas 6 Pro aktif

Bangsaku yang satu

Di sini....
Kita anak merdeka
Bersama-sama mengatur langkah
Tanpa mengira usia dan bangsa
Tanpa mengira rupa dan bahasa
Bersama menjunjung negara bangsa

Di sini...
Kita warga satu negara
Tidak pernah bersengketa
Tidak akan bermasam muka
Kerana kita satu keluarga
Kerana kita.....
Satu Malaysia

Nukilan : Damiza
Kelas 6 Responsif

Salam Perpaduan

Salam perpaduan
Mukadimah satu Malaysia
Rakyat Harmonis
Negara bahagia

Salam perpaduan
Mukadimah satu Malaysia
Ukhuwah berterusan
Tanpa mengenal batasan

Salam perpaduan
Mukadimah satu Malaysia
Teguh bersatu
Negara berjaya

Nukilan : Budak baik 916
Kelas 6 Efektif

Jalur Gemilang

Seputih awan
Semerah saga
Sebiru laut
Kuning diraja

Malaysia terkandung
Pelbagai warna
Tetap bersama bagaikan keluarga

Semanis perpaduan
Seindah ikatan
Semaian bersemi
Peneguh kekuatan
Umpama akar kukuh berdiri
Sebagai kekuatan segala cabaran

Nukilan : Nathiraqil
Kelas 6 Responsif

Bersatu padu

Malaysia tanah airku
Rakyatnya berbilang bangsa
Hidup bersama bersatu padu
Bekerjasama membangunkan
Negara yang satu

Nukilan : Abes
Kelas 6 Pro aktif

Malaysia Permai

Malaysia
Bumi permai
Disanjung dimata dunia
Serata manusia mengenali Malaysia
Malaysia
Bumi yang indah
Kedamaianmu dicemburui
Namun kau tetap berdiri megah


Nukilan : Tekukur Pilu
Kelas 6 Progresif

Malaysia Bertuah

Malaysia
Bumimu bertuah
Tempat aku berlindung
Untuk sesuap nasi
Tidak aku lupa jasamu
Pada anak bangsa
Dahulu, kini dan selamanya
Malaysia tanah airku

Nukilan : Mawar Biru
6 Pro aktif

Malaysia

Malaysia
Namamu gemilang
Banggaku menjadi penghunimu
Akan ku setia kepadamu
Hingga hujung nyawaku
Tidak akan ku persiakan
Apa yang aku ada
Malaysia
Aku cinta padamu

Nukilan : Tulip Desa
6 Responsif

Satu Rumpun

Malaysia
Negara bertuah
Bumi bersejarah, makmur, maju dan megah
Anugerah disyukuri
Nikmat dirasai
Kurnia Ilahi
Di bawah satu rumpun
Di bawah satu bumbung
Walau berbeza nama, rupa dan citarasa
Dengan tekad dan harapan
Menjunjung aspirasi
Negara tercinta, maju, makmur, berjaya

Nukilan : Rama-rama Cantik
Kelas 6 Agresif

Satu

Bangsaku berdiri teguh
Aman makmur bahagia
Abadi selamanya
Menjunjung cita-cita
Di bawah satu bumbung
Satu bangsa berjaya
Satu perjuangan
Satu semangat
Ayuhlah bergandingan
Majukan negara
Ke puncak keagungan

Nukilan : Melati Ungu
Kelas 6 Fokus

Akulah anak Malaysia

Lahirku di bumi bertuah
Satu anugerah yang tidak terperi
Menerjah kebangaan dalam jiwaku
Bahawa aku anak Malaysia
Lakaran kecemerlanganku
Meletakkan namamu di puncak dunia
Kegemilanganmu diiringi ketabahan anak bangsa
Membuat namamu gah di mata luar
Bagaikan pendekar menang bertaruh
Walau badai dan halangan jalurmu tetapku kibarkan
Kerna aku tahu akulah anak Malaysia

Nukilan : Gagak di rimba
Kelas 6 Efektif

Perpaduan Satu Malaysia

1 Malaysia
1 perpaduan
satu suara
Satu gagasan
satu Keamanan
bersama berganding bahu
menjaga perpaduan semua
ingatkan kata sepadu
seirama sejiwa
merencana
Satu Malaysia

Nukilan : Camar putih
Kelas 6 proaktif

Tanah Airku

Berdiriku di sini
Di tanah ini
Tanah tumpah darahku
Akan ku serahkan jiwa ragaku
Untuk segalanya
Walaupun di hadapanku
Onak dan duri menghalang
Tidak akan ku gentar
menempuhinya
Satu Malaysia
Harapan akan ku kotakan
Agar bumi Malaysia
Terus hidup
Mewarnai dunia

Nukilan : Gebu-Gebu 09
Kelas : 6 Progresif

Malaysia 1

Malaysia tanah airku
Ku bangga menjadi rakyatmu
Ku bahagia menjadi rakyatmu
Ku ingin hidup matiku di sini


Nukilan : Tulip Merah
Kelas 6 Responsif

Harum subur di bumi Malaysia

Berpijak ku di bumi ini
Bumi yang penuh aman
Bumi yang penuh damai
Keharuman setiakawan
Kemakmuran persahabatan
Keindahan wajah-wajah
Terpampang jelas di hadapan ku
Bagaikan lukisan indah terlukis disekelilingku
Malaysia namamu , dirimu terpahat dihatiku.

Nukilan : Mawar berduri
Kelas 6 Efektif

Flora Keamanan

Satu rumpun satu bahasa
Satu budaya satu pegangan
Putih dan hitam digaul bersama
Pohon dunia berkembang dan berbunga

Pohon Malaysia sentiasa disemai
Mengalir baja diakar bumi
Kasih sayang pegangan utama
Dari sekecil kerikil
Sehinggalah
Sebuku penumbuk

Bukit yang tinggi
Gunung yang melangit
Tidakkan roboh
Tidakkan luntur
Bunga berkembang ke puncak salju

Nukilan : Pulau Cendana
Kelas 6 Fokus

Tuesday, October 13, 2009

Roh Kemerdekaan

Bangsaku pernah menangis
Tika dentuman api kemarahan penjajah
Menerobos cahaya keamanan
Hulurkan tangan rakan dan taulan
Dengan roh kemerdekaan bangsaku
Gendang perpaduan bingkas bersilat
Pertahankan bumi bertuah
Kini
Jutaan tangan kembali bersatu
Menyusun slogan 1 Malaysia
Merangka pelan merentas benua
Biar bangsa Malaysia terus menyuluh di dunia

Nukilan : Nazim Najmuddin
Kelas 6 Efektif

Salam Satu Malaysia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Di pertemuan pertama ini kami mengucapkan salam perkenalan pada semua yang sudi dan akan menjenguk kami.
Kawan-kawan boleh membaca sajak-sajak yang telah dicipta oleh rakan-rakan lain yang bertemakan Satu Malaysia. Kawan-kawan juga boleh menghantar seberapa banyak mungkin sajak dan InsyaAllah ianya akan dipaparkan di dalam blog ini. Semoga berjaya.. Assalamualaikum..