Wednesday, October 14, 2009

Jalur Gemilang

Seputih awan
Semerah saga
Sebiru laut
Kuning diraja

Malaysia terkandung
Pelbagai warna
Tetap bersama bagaikan keluarga

Semanis perpaduan
Seindah ikatan
Semaian bersemi
Peneguh kekuatan
Umpama akar kukuh berdiri
Sebagai kekuatan segala cabaran

Nukilan : Nathiraqil
Kelas 6 Responsif

1 comment:

  1. sajak ni bagus... isi ada banyak nilai dan pengajaran... so, boleh menang kalau msk bertanding... good luck

    ReplyDelete